Kamis, 22 November 2012

Durian Crepe dari Mak Cik

Kalau pergi Mid Valley mesti akan singgah beli Durian Crepe ni. Kalau sesiapa yang hantu durian memang akan jadi hantu durian crepe lah pulak. Makan seketul mesti nak ambil lagi berketul-ketul ngapp masuk mulut. Nak beli,satu pek dalam 10 hengget selalunya orang jual. Asyik beli je, apa kata try buat pulak. Pulak-pulak sekarang ni musim durian, memang merata lah ada durian. So gunakan lah durian yang ada ni selagi tengah musim durian
Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia: 250gm tepung gandum 3 biji telur 400ml santan 100ml air 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil pewarna kuning telur
Untuk filling: 1 cawan whipping cream (aku memang suka gila brand yg dekat atas ni,sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap) Dan isi durian yang telah dilenyek. Dah nama pon durian crepe, wajib lah ada durian kan? Tak kan nak lenyek buah kedondong pulak. ye dak?
Cara-caranya senang je. Aku guna stand mixer je. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap. Eh senang nya? ye memang senang je ok Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu hokayyyy Pastu tapis ah benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus. Sebab takut kulit crepe tu menggerutu je. Kalau tak nak tapis pon iolsss ok je. Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas Lepas masak sehelai (sehelai??) crepe ni, aku alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing lah ok Ok part ni paling best. Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak ni eh. Sebab bila lipat, nampak cantik ah, sebab yang part licin tu dekat atas
Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss ok bye! Sumber : Durian Crepe

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar